Aplikasi mobil ini (“Applikasi”) disediakan oleh Research Triangle Institute yang menjalankan perniagaan sebagai RTI International (“RTI”) dan atas nama FCDO UK, dilesenkan dan tidak dijual kepada anda. Lesen anda untuk mengguna Applikasi ini tertakluk kepada penerimaan anda terhadap perjanjian lesen pengguna ini (“EULA”). Applikasi yang tertakluk di dalam EULA ini dikenali sebagai “Applikasi Berlesen”. RTI mempunyai semua hak di dalam dan ke atas Applikasi Berlesen yang tertakluk di dalam EULA ini.
Dasar ini menjelaskan apa maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, bagaimana kami menggunakannya, bila kami mendedahkan maklumat tersebut dan langkah-langkah yang kami ambil untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dijaga dengan selamat. Kami juga menjelaskan hak anda berkenaan dengan maklumat peribadi anda.
Harap maklum bahawa aplikasi mobil (‘Aplikasi’), laman web dan platform digital lain mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga/platform digital yang disediakan untuk kemudahan anda atau untuk operasi Aplikasi ini. RTI hanya bertanggungjawab terhadap amalan privasi dan keselamatan platform digital kami sendiri. Kami mengesyorkan agar anda memeriksa dasar dan prosedur privasi dan keselamatan setiap laman web/ platform digital lain yang anda lawati walaupun ia dihubungkan dengan Aplikasi ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan mengenai Dasar ini atau tentang bagaimana maklumat peribadi anda digunakan, diungkapkan atau disimpan oleh program ini, sila e-mel kami di [email protected] atau tulis surat kepada kami ke alamat berikutnya:
RTI Malaysia
Suite 5.2 & 5.3, Nucleus Tower, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Harap dimaklumkan bahawa pejabat utama RTI berada di Amerika Syarikat. Sekiranya anda berada di luar Amerika Syarikat dan dan memberikan data anda kepada RTI, kami akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk memastikan bahawa maklumat anda dilindungi selaku Dasar ini dan Undang-undang Perlindungan Data di Malaysia. Selain daripada itu, Kesatuan Eropah telah menetapkan polisi perlindungan data yang berkuatkuasa pada 25 Mei 2018 yang dikenali sebagai General Data Protection Regulation (“GDPR”). Peraturan ini sah di negara-negara dalam Europen Union (“EU”) dan pemindahan data di luar EU. GDPR mengehadkan syarikat-syarikat di EU daripada memindahkan data peribadi mengenai individu ke Amerika Syarikat, kecuali jika ia dijalankan dengan perlindungan yang memadai. Untuk memberi perlindungan yang memadai dan membenarkan pembekal kami mengatasi sekatan pemindahan data yang ditetapkan oleh GDPR dengan menggunakan klausa kontrak standard. Pemindahan data juga boleh dijalankan ketika RTI dapat persetujuan anda atau permindahan ini diperlukan untuk RTI menjalankan syarat berdasarkan kontrak yang anda telah jalani dengan RTI. RTI telah melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai supaya penggunaan data peribadi anda memnuhi kehendak GDPR. Di bawah GDPR, individu yang berada di EU/EEA dibenarkan untuk mendapat perlindungan tersebut untuk data peribadi anda.
Hak untuk akses – Anda berhak meminta RTI untuk salinan data peribadi anda. Kami mungkin mengenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan ini.
Hak untuk pembetulan – Anda berhak meminta agar RTI membetulkan setiap maklumat yang anda percayai tidak tepat. Anda juga berhak meminta RTI untuk lengkapkan maklumat yang anda percaya tidak lengkap
Hak penghapusan – Anda berhak meminta agar RTI menghapuskan data peribadi anda dalam keadaan tertentu.
Hak untuk menyekat pemprosesan – Anda berhak meminta RTI untuk menyekat pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu.
Hak untuk memproses – Anda berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu.
Hak untuk pemindahan data – Anda berhak meminta RTI memindahkan data yang telah kami kumpulkan ke organisasi lain, atau langsung kepada anda dalam keadaan tertentu.
Sekiranya anda membuat permintaan, kami mempunyai satu bulan untuk menjawab anda. Sekiranya anda ingin mengunakan hak-hak tersebut, sila hubungi kami di e-mel kami: [email protected]
Atau tulis surat kepada kepada kami:
RTI Malaysia
Suite 5.2 & 5.3, Menara Nukleus, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Dalam keadaan di mana kami mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa maklumat anda dilindungi.
Kami mengambil tanggungjawab yang serius terhadap keselamatan maklumat peribadi anda dan menggunakan prosedur keselamatan yang sepatutnya untuk melindungi maklumat peribadi yang anda berikan kepada RTI. Apabila anda menyerahkan maklumat anda kepada kami, kami akan menggunakan teknologi enkripsi Secure Sockets Layer (SSL) standard untuk melindungi maklumat anda. Di samping itu, kami mempunyai prosedur keselamatan untuk melindungi system berataskan kertas dan pengkalan data komputer daripada kehilangan dan penyalahgunaan dan hanya membenarkan akses kepada mereka apabila diperlukan, dan menggunakan mereka dibawah garis panduan yang ketat mengenai penggunaan mereka.
Sekiranya kata laluan diperlukan untuk mengakses platform digital kami, anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kata laluan anda. Jangan berkongsi atau mendedahkan kata laluan anda kepada orang lain.
Walaupun RTI yakin langkah-langkah keselamatan ini memadai, tiada kaedah pemindahan melalui internet atau kaedah penyimpanan selamat sepenuhnya. Harap maklum bahawa walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan maklumat anda, risiko maklumat peribadi anda disalahgunakan masih ada, dan kami tidak dapat memberi jaminan keselamatan mutlak.